My Big Happy Family

Sabtu, 29 September 2012

KENAPA lelaki suka dedah AURAT


Haa, mesti korang terkejut kan dengan tajuk ni? Tak payah nak terkejut-terkejut sangatlah kan. Ini adalah hasil kajian seseorang tentang fenomena yang mungkin nampak macam isu yang kecil, tetapi, aku memandang perkara ini sebagai satu isu yang amat besar!
Jalan sana, jalan sini, duduk asrama, duduk mana-mana pun, memang takkan lari daripada memandang aurat orang. Oh, mata, rasanya kaulah anggota yang paling banyak berbuat dosa. Bukan pandang perempuan pun, tapi pandang lelaki. Opps, jangan salah anggap. Memandang lelaki ini maksud aku orang-orang yang berada di sekeliling aku adalah lelaki, dan dalam kalangan mereka ada yang tidak menutup aurat. Hmm, dah tak tahu nak buat macam mana lagi.
Fikir-fikir semula, lelaki yang suka sangat mendedahkan aurat ni pasti ada sebabnya. Kenapa….kenapa…kenapa…? pengkaji tanya diri mereka dan mereka jawab kembali. Pertamanya mungkin:

1. KERANA TIDAK TAHU

“Ish, ada ke orang yang tak tahu? Mengarutlah encik!”  




Tak mustahil mereka tidak menutup aurat kerana mereka tidak tahu. 
Sengaja aku letak perkara ini sebagai yang utama sebab memang ada pun segelintir daripada kita, mungkin kawan-kawan kita sendiri yang tidak tahu pun aurat itu apa ,aurat lelaki itu dari mana ke mana.
“Aurat tu apa eak?”
“Eleh, aurat pun hang tak tau? Aurat tu anggota badan yang wajib ditutuplah…” kata seorang lelaki berseluar pendek sambil menggaru-garu lututnya.
“Err, tahu pulak. Kalau lelaki, anggota badan yang wajib ditutup tu apa eak?”
“La, hang tak tau ka? Dulu masa ustazah ajar Pendidikan Islam hang tiduq ka? Mestilah dari pusat hingga lutut. Kalau lelakilah,” jawab lelaki itu tadi.
“Err, hihi. Tadi hang kata aurat tu anggota yang wajib ditutup kan, dan anggota yang wajib ditutup tu hang kata dari pusat hingga lutut kan. So, apa lagi aku nak tanya eak. Urm, makna wajib yang hang faham tu apa eak?”
“Makna wajib? Err…err….errr…. wajib tu setahu aku kalau buat dapat pahala, kalau tinggal dapat dosa. Eheh…eheh…,” lelaki tadi cuba mengcover lututnya dengan muka yang sudah berpeluh-peluh kebengangan.

2.KERANA HENDAK MENUNJUK-NUNJUK
Ini juga mungkin juga antara sebab yang aku nampak kenapa lelaki suka sangat mendedahkan aurat. Kerana mereka memiliki badan yang tough,yang sasa, yang berotot, berurat segala bagai. Serius aku kata, lelaki yang memiliki bentuk badan yang ala-ala atlet bina badan memang suka sangat berjalan-jalan di koridor dengan tidak berbaju.



Adesss…. tak pakai baju tak apa kalau pakai seluar yang menutupi dari paras pusat hingga bawah lutut. Tapi kebanyakannya suka sangat pakai seluar ‘kecik’ sehingga menampakkan pusat. Aduh, kenapa yek? aku rasa, mereka mungkin terpengaruh dengan iklan2 seluar dalam agaknya. Mana ada model seluar dalam yang pakai menutup aurat ye tak.

3.KERANA CUACA DI NEGARA INI PANAS KATANYA
Satu lagi golongan yang aku jumpa, kalau nak kata dia dedah aurat sebab badannya yang cantik, tak juga. Golongan yang kalau tengok dari jauh dah macam ahli sumo dah. Betul. Selamba badak je jalan-jalan buka aurat, nak je aku kata, wey, hang nak tayang apa sebenarnya?



Last2, aku rasa, mereka ni selalu rasa panas dan berpeluh jika berpakaian, al maklumlah, cuaca di negara ni kan panas katanya.
Hei, macam-macam.


4.KERANA TIDAK PERCAYAKAN ALLAH
Akhir sekali, aku simpulkan, jika kita masih berani mendedahkan aurat kita di dunia ini, maknaya, kita masih tidak ada kefahaman yang jelas tentang agama. Jika asas akidah tidak kukuh, bagaimana kita mahu percaya Allah Maha Membalas setiap sesuatu yang dikerjakan oleh kita. Buka aurat dan mendedahkannya kepada orang yang tak sepatutnya adalah satu DOSA. Tapi, kalau ilmu tentang agama tidak kuat, percayakah kita tentang semua-semua tu?



BAHAYA..!
Serius aku katakan bahaya.
Korang solat. Bahkan jika berjumpa di surau pada waktu solat, korang kadang-kala menampilkan diri sebagai imam! Tapi pada masa lain, aku berjumpa anda berseluar pendek tanpa baju yang amat menjengkelkan. Tak terkata.
Adakah korang tidak faham?
Adakah korang tidak tahu?
Adakah korang tidak mahu?
Ah, sebab itu aku kata awal-awal lagi; bahaya. Korang tahu, tapi korang tidak mahu. Korang sedang mencabar Allah dalam erti kata lain.
Jomlah kita berubah. Aku tak kata aku sentiasa perfect. Kadang-kadang, aku juga selesa tidak berpakaian terutamanya ketika cuaca panas dan tak tahan sangat. Tapi, as Allah always watching us, kita kena dan sentiasa perlu tahu kewajipan kita. Benda senang je kot, tapi serius, aku hairan kenapa susah sangat untuk lakukannya. ambil langkah untuk berubah perlahan-lahan. I know, we can do it !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan