My Big Happy Family

Ahad, 22 April 2012

persahabatan

Last post tok malam nie..
rasanya da nk hampir 2 bulan xtak bersapa....
apa maknanya dan apa yang terjadi ? 




persahabatan dan keegoan...
mana lagi penting..??
rasanya keegoan yang telah menjadi2 dalam diri kteowg...

kamarul ariffin vs faris afdhal
mem...apa masalah ko sebenarnya?
nape da xmacam dulu?? da upe aq ea?
beb..actually..aq cgt2 perlu an ko...

h0pe suatu hari nty...cume akan berubah...
jadi macam dulu balik...
aq windu masa kita bersama...
belajar..bermain...lepak...jalan...alwayz together..!!
>>GENG I WANT TO DIE_
GIWTD_<<
h0pe ko x upe dengan slogan kite...

cerita lawak II_ulat gonggok_

Nak share gn korang 1 ag cerita lawak...


Ada seorang budak sekolah darjah 5, memberi teka-teki kepada cikgu bahasa melayunya.
Pelajar : cikgu pandai tak? Very Happy
Cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu...Cool
Pelajar : ermm kalau cikgu pandai, cikgu jawab teka-teki nie Wink
Cikgu : ha, ape die? confused
Pelajar : ulat gonggok berapa kaki? Smile
Cikgu : ermm kalau ikut kajian 100 kaki. betul? Basketball
Pelajar : salah Mad
Cikgu : 99 bounce
Pelajar : salah ! No
Cikgu : ermm da tu bape kaki? scratch
Pelajar : Cikgu an pandai, kalau tak, cmner ley jadi cikgu.bom
Pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam dan akhirnya menyerah.
Cikgu : ok. kalau sume salah, abiz ape jawapannya? Crying or Very sad
Pelajar : jawapannya tak sampai 1 kaki pown. Sebab ulat gonggok pendek je..Hehehe..Wink

cerita lawak_mayat_

Assalamualaikum...
rasanya lawak nie da base korang dengar...
tp...sje nak post at cnie...


Seorang pegawai polos masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati sakit jantung manakala yang ketiga disambar petir.
Polis : Hah ! kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya..tangannya pon sedang menunjukkan tanda "peace"...

tips belajar berkesan




Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Antara tips iaitu :-
1-Tidak mensia-siakan biarpun seminit

-guna masa yang terluang, contohnya membaca dan menjawab 1 atau 2 soalan objektif atau mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari..
2-Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
-jangan laa buku 2 korang pegang jep...selak2 laa..lagi bagus kalau korang baca...
3-Gunakan masa awal pagi
-guna masa tersebut untuk mengulangkaji subjek yang lemah. Tumpukan sepenuhnya pada apa yang kita pelajari 2...
4-Buat nota ringkas
-ia boleh memudahkan diri kita. boleh bawa ke mana2 dan boleh baca di mana2... Ia juga dapat membantu menguatkan daya ingatan kita. Ulangkaji sebelum terutamanya sehari sebelum peperiksaan akan lebih mudah.
5-Mengikut jadual sepenuhnya
-aturkan masa untuk setiap aktiviti yang hendak dilakukan. Jangan lupa memperuntukkan masa sekali untuk setiap subjek pada setiap hari. Jangan ikut perasaan dan patuhi setiap apa yang diaturkan dalam jadual kita.
6-Mencuba soalan tahun lalu
-cuba jawab soalan tahun lalu setiap hari. Ia dapat membantu melatih diri kita belajar menjawab seperti exam sebenar.
7-Ulang sebanyak kali yang boleh
-setiap fakta mesti terus diulang sebanyak yang mampu untuk menguatkan daya ingatan kita dan memudahkan kita faham sesuatu. Semakin banyak membaca, semakin tinggi keyakinan diri untuk lulus dengan cemerlang.
8-Sentiasa ringan mulut bertanya jika tak faham
-Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk bertanya sebarang kemusykilan. Tanya juga w/pown sudah faham kerana ia dapat menguatkan lagi daya ingatan dan kefahaman kita.
9-Berikan lebih tumpuan kepada subjek yang lemah
-peruntukkan masa lebih kepada subjek lemah. Jangan hanya atau lebihkan subjek yang digemari sahaja sebaliknya kepada subjek yang lemah. Jangan jadikan subjek yang lemah sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
10-Kunjungi perpustakaan
-Rapatkan diri dengan rakan yang mahu belajar dan lebih pandai dari kita. Perhatikan cara mereka belajar dan pratikkan dalam diri kita. Jadikan penemuan kita dalam study grup sebagai masa untuk berkongsi dan bertukar-tukar pendapat. juga masa untuk belajar bersama-sama.
11-Imbangkan masa dengan bijak
-jika berada dalam tahun exam, berikan lebih tumpuan kepada exam dan jangan melibatkan diri sangat dalam setiap pertandingan atau aktiviti yang dianjurkan.
12-Belajar mengikut rentak sendiri
-Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Kita perlu mengenal rentak belajar kita sendiri seperti mendengar lagu ketika belajar, belajar berkumpulan atau belajar sendirian, belajar sambil menonton televisyen atau sebagainya.Fikirkan mana yang dapat membantu diri kita.
13-Elakkan gangguan emosi
-semua perkara yang merunsingkan dan menggagu konsentrasi belajar perlu diketepikan. Pergaduhan, bermusuhan, egois, fikirkan masalah orang dan couple sangat penting untuk dilupa dan diabaikan. Lakukan perkara tersebut setelah tamat exam kita.
14-Kurangkan kerja rumah
-Hal ini bukan cara untuk anada mengelak tetapi kita mempunyai hak untuk belajar. Perkara2 tersebut boleh dilakukan bersama agar kita tidak berasa beban.
15-Belajar menyesuaikan diri dengan setiap keadaan
-Hal ini supaya kita tidak berasa terganggu dan sudah terbiasa dengan keadaan yang berlaku termasuklah suasana bising.
16-Terus belajar
-Jangan pernah bersa bosan untuk belajar. Malah jadikan malas tersebut sebagai inspirasi dan semangat kita untuk terus belajar. Tanamkan misi kita untuk mencapai kejayaan. 'USAHA TANGGA KEJAYAAN'..

Sabtu, 21 April 2012

Johan Kantoi Dengan Dr. Fadzilah Kamsah?

Masa merayau-rayau kat youtube, aku terjumpa 
video ni.. Mesti korang biasa tengok Johan 
membawa watak percakapan Dr. Fadzilah 
Kamsah kan.. So, kali ni edisi kantoi dilakukan.. 
Rasa nye semua ni lakonan.. 

A

mizz kam0o sangat2

Assalamualaikum...
kali nie update blog cbb da xtahan cgt2...
da nk hampir sblan da xchat2 n dg0 cte si 'die'
my sweetheart.....where r u n0w..??!!
i miss u s000ooooo muchh....


>>special for YOU, BABY !! <<
ma...pa RINDU ma cgt2...pleess c0me back...
cyuNx ma KETAT2..!!<<


Selasa, 17 April 2012

_gambaran HARI KIAMAT_


Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



 _sumber => http://www.facebook.com/photo.php?fbid=400459986644930&set=a.101287453228853.3017.100000427963708&type=1&theater...

Ahad, 8 April 2012

anugerAh bintang p0pular berita harian 2011

 


Antara pemenang-pemenang anugerah..
1-aRtis bErkumpuLan p0puLar : 3 suArA ( JV, NB & SH )...
2-aRtis bAru wAnitA p0pular : tAshA shiLLa...
3-pEnyAMpAi rAdio leLAki p0puLar : faizAL ismAiL...
4-aRtis komEdi wAnitA p0puLar : didiE aLiAs...
5-anugErah pEncApAiaN sEpAnjAng hAyAt : shiLa mAjiD...
6-pEngAcArA tv leLAki p0puLar : zizAn rAzAk...
7-aRtis bAru lELaki p0puLAr : johAn ariff as'ari...
8-pELakon tv lELaki p0puLar : fizz fAiRuz
9-pEnyAmpAi rAdio wAnitA p0puLar : fARa fAuzAnA....
10-pEngAcArA tv wAnitA p0puLar : fArA fAuzAnA....
11-aRtis k0mEdi lELaki p0puLar : johAn...
12-anugErAh sEri pErAk : dAtuk siti nuRhaLizA....
13-pEnyAnyi lELaki p0puLAr : hAfiZzzz....
14-pELak0n fiLem lELaki p0puLar : aaR0n aziz...
15-pELakon tv wAnitA p0puLar : fAshA sAndhA...
16-pELakon fiLem wAnitA p0puLar : mAyA kArin...
17-pEnyAnyi wAnitA p0puLar : yunA...
18-ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR ABPBH25 : AARON AZIZ..!!

>>TAHNIAH 4 ALL PEMENANG !!<<

Ahad, 1 April 2012

sunyi

Assalamualaikum kepada PEMBACA...
pejam celik...pejam celik...KEJAP jep an da mc0x bulan 4....
mknernyer...lbey krg 6 o 7 blan jep ag nk spm...
seram jugax....
ermm...tak twu r npe eark...sjk 2 3 bulan nie...
rase sunyi sangat...rase cam aq idop c0wg2...
duhhh....nak kte xde mem...ADE...!!
tp 2 r...rase cm dowg da upe an aq....
mentang2 laa skrang nie aq bz jep...
s0...d0wg p0wn mle upe an aq...
x BAIKnyer....!! WAHAI KAWAN2..!!
i NEED u ALL..!!k0wg jgan r upe an aq...
kLw nk g anE2...wt pE2..jgN r upE ajAx aq ckli.....

kalau aq dpt j0in o x...kre blkg...
yg PENTING..k0wg ajx...6pk r k0wg xupe an aq nie...

pLezzz r...jgn tgAL an aQ c0wg2...SUNYI sangat2 tAnpe k0wg...
HAPPY sangat2 biLe dapat b'cme gn k0wg....
h0pe k0wg xupe PERSAHABATAN kite.....

'
>AK, HS, HB, AI, SZ, ZK, KA...n len2...