My Big Happy Family

Selasa, 7 Februari 2012

kelebihan lelaki yang kurang hensem yang perempuan patut tahu

1. Tidak jadi perhatian orang ramai. Kalau hensem, semua orang tengok tertarik. Tahukah anda amat susah nak jaga pasangan yang hensem macam Kim Boom(gua tak kenal pun, eja pun tak reti) daripada anda jaga lelaki macam .. ermm.. lu bandingkanlah sendiri..

2. Susah nak ada skandal, kalau hensem mesti banyak skandal. Nanti dah cemburu simbah asid pulak dah. Habis kehenseman hilang, susah benor jadi orang hensem ni ya ?

3. Lelaki tak hensem setia, kalau dia kata dia suka kat seseorang tu, yang tu la yang dia akan kejar sampai ujung nyawa. Tak percaya ?

4. Sabar, lelaki tak hensem ni dia penyabar orangnya. Tunggu benda tak kunjung tiba, benda tak berbalas. Faham-faham jep la.

5. Bila dah jadi penyabar, mesti dia ni baik kan ? Nak marah-marah pun mesti jarang-jarang.

Hensem luar hensem dalam, itu double hensem. Kau hensem, ada ramai lagi yang hensem. Kau tak hensem, ada ramai lagi yang kurang hensem. Syukur je lah labu..

Isnin, 6 Februari 2012

9 Wanita Idaman Lelaki

Assalamualaikum...
Hype pembaca blog, ckli lagi bersua kita... pekabo guyz..??
Hahaha...kli nie nak share dengan korang...
9 ciri-ciri wanita yang mejadi idaman para lelaki...


1. BERPEGANG KEPADA AGAMA


Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.


2. KECANTIKAN DALAMAN


Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, itu dikira BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya haya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.


3. MANJA


Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai, menampakkan wanita itu kurang matang.


4. PANDAI MENJAGA KECANTIKAN


Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Waita dengan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan lebih kelihatan cantik  jika bikaj menjaga penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka menjadi bangga.


5. BERAKHLAK MULIA


Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah isteri, ibu, kekasih dan penyokong suami.


6. TIDAK MEMPAMER KESEKSIAN


Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikannya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi pameran untuk semua mata lelaki.


7. TIDAK CEREWET


Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Ini kerana wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya wanita yang cerewet suka mengkritik apa sahaja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen"aje kerjanya...0pppsss..!!


8. MEMAHAMI LELAKI


Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai institusi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya sama ada suka mahupun duka. Pendek kata, tanpa perlu bercakap, dia itu sudah dapat membaca riak muka lelaki. Lantas dapat bertindak menghiburkan atau memberi inspirasi dan kekuatan.


9. SEJUK MATA MEMANDANG


Wanita yang manis wajahya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemanna ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandanh nie??Haa...nie dia :

  • Bersopan santun
  • Sentiasa memansikan wajah
  • Sentiasa senyum
  • MENUTUP AURAT
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain terutamanya orang tua
Ok, Tu lah dia 9 ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Moga apa yang aku kongsikan nie bermanfaat pada ANDA dan menjadi pengukur dalam peribadi ANDA dan PASANGAN.


"BERTINDAKLAH UNTUK PASANGAN"


Lelaki Idaman Wanita

1. Kajian aku selama ni menunjukkan yang wanita sukakan lelaki yang kiut, muka ala-ala korea, kulit putih, macho macam Arun Ajis, ayat manehh, badan tough, alim, baik, kelakar, romantik dan _____________ (boleh letakkan sendiri apa yang perempuan suka pada lelaki). Humagaihh !

See the legs laa.. Tengok kaki laa.. Har har har

2. Tak percaya pi tengok info-info yang perempuan tulis kat fesbuk(muka buku) atau blog. Atau apa-apa sahaja pasal ciri-ciri lelaki idaman dorang. Memang mustahil dorang nak dapat lelaki yang macam tu. Mungkin dapat mungkin tak. Kalau kita yang lelaki ni baca ciri-ciri lelaki idaman dorang, mau teberak darah sebulan. Masuk wad kecemasan teruss.

3. Tapi wait wait.. Adakah korang perasan yang kebanyakan perempuan tak dapat apa yang dorang nak ? Atau dalam kata lain tersasar dari pencarian. Nak cari yang hensem tapi dapat jeneh gelap banyak jerawat(jangan marah aku doakan lu dapat awek yang baik) atau cari yang baik tapi dapat yang hampeh(ganas, kuat pukui orang, panas baran etc..)

Rilek rilek.. Jom kita cekidaut apa sebenarnya yang dorang mahukan..

4. Perempuan ni dia pilih lelaki macam pilih baju, mesti cari yang kaler sama, baju fit dengan badan, tak meleret, tak koyak rabak, tahan lama, cantik, harga berpatutan, mahal(boleh jugak), ada jenama dan ehhh. jap jap.. Bukan yang penting tutup aurat je ke ??

5. Dan baju yang dorang nak tu mestilah mahal, cuma boleh dimiliki oleh perempuan yang bertuah. Di mana perempuan-perempuan tu adalah dari kalangan mereka yang baik-baik, pandai jaga hati mak bapak dan sejuk mata memandang. Don't get me wrong pasal benda ni sebab perempuan yang tak mampu beli baju yang mahal ni mungkin jugak dapat baju yang murah tapi cantik. Tapi tak sama dengan yang mahal. Tak cukup kain contohnya..

6. Nasihat aku kepada lelaki yang frust menonggeng sebab tak dapat carik awek yang satu dalam sejuta ni, kayakan diri tu dengan ilmu, kukuhkan kewangan. Benda tu yang akan buat perempuan cari kita.