My Big Happy Family

Isnin, 6 Februari 2012

Lelaki Idaman Wanita

1. Kajian aku selama ni menunjukkan yang wanita sukakan lelaki yang kiut, muka ala-ala korea, kulit putih, macho macam Arun Ajis, ayat manehh, badan tough, alim, baik, kelakar, romantik dan _____________ (boleh letakkan sendiri apa yang perempuan suka pada lelaki). Humagaihh !

See the legs laa.. Tengok kaki laa.. Har har har

2. Tak percaya pi tengok info-info yang perempuan tulis kat fesbuk(muka buku) atau blog. Atau apa-apa sahaja pasal ciri-ciri lelaki idaman dorang. Memang mustahil dorang nak dapat lelaki yang macam tu. Mungkin dapat mungkin tak. Kalau kita yang lelaki ni baca ciri-ciri lelaki idaman dorang, mau teberak darah sebulan. Masuk wad kecemasan teruss.

3. Tapi wait wait.. Adakah korang perasan yang kebanyakan perempuan tak dapat apa yang dorang nak ? Atau dalam kata lain tersasar dari pencarian. Nak cari yang hensem tapi dapat jeneh gelap banyak jerawat(jangan marah aku doakan lu dapat awek yang baik) atau cari yang baik tapi dapat yang hampeh(ganas, kuat pukui orang, panas baran etc..)

Rilek rilek.. Jom kita cekidaut apa sebenarnya yang dorang mahukan..

4. Perempuan ni dia pilih lelaki macam pilih baju, mesti cari yang kaler sama, baju fit dengan badan, tak meleret, tak koyak rabak, tahan lama, cantik, harga berpatutan, mahal(boleh jugak), ada jenama dan ehhh. jap jap.. Bukan yang penting tutup aurat je ke ??

5. Dan baju yang dorang nak tu mestilah mahal, cuma boleh dimiliki oleh perempuan yang bertuah. Di mana perempuan-perempuan tu adalah dari kalangan mereka yang baik-baik, pandai jaga hati mak bapak dan sejuk mata memandang. Don't get me wrong pasal benda ni sebab perempuan yang tak mampu beli baju yang mahal ni mungkin jugak dapat baju yang murah tapi cantik. Tapi tak sama dengan yang mahal. Tak cukup kain contohnya..

6. Nasihat aku kepada lelaki yang frust menonggeng sebab tak dapat carik awek yang satu dalam sejuta ni, kayakan diri tu dengan ilmu, kukuhkan kewangan. Benda tu yang akan buat perempuan cari kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan