Assalamualaikum...
[̲̅̅S][̲̅̅E][̲̅̅L][̲̅̅A][̲̅̅M][̲̅̅A][̲̅̅T]
[̲̅̅M][̲̅̅E][̲̅̅N][̲̅̅Y][̲̅̅A][̲̅̅M][̲̅̅B][̲̅̅U][̲̅̅T]
[̲̅̅R][̲̅̅A][̲̅̅M][̲̅̅A][̲̅̅D][̲̅̅H][̲̅̅A][̲̅̅N]
[̲̅̅A][̲̅̅L]-[̲̅̅M][̲̅̅U][̲̅̅B][̲̅̅A][̲̅̅R][̲̅̅A][̲̅̅K]...
Alhamdulillah...diam xdiam sok da masuk bulan ramadhan...Sempena kehadiran bulan ramadhan nie, aq nak ucapkan selamat menyambut ramadhan dan semoga amal ibadah yang dilakukan sepanjang bulan ramadhan nie diberkati oleh allah s.w.t...amin...dan nAk mintak maap kalau2 ade wat slah at k0wg semua...
ok..kat cnie aq nak sertakan sekali niat puase...kot2 manelah twu ade yang terlupa..hehe...
niat puasa tok sebulan
"Nawaitu sauma syahri ramadhaana kulihi lillahhi ta’ala."
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Niat puasa tok harian
"Nawaitu shauma ghadin an’ada-i fardhisyahri ramadhaana hadzihis sanati lillahhi ta’ala."
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa berbuka puasa
"Allahumma laka shumtu wa bika a-mantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarrahimiin"
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa selepas berbuka puasa
"Allahumma laka shumtu wa bika a-mantu wa ‘alaa rizqika afthartu dzahabazh zhamaa-u wabtallatil ‘uruuqu Allahumma inni as-aluka antaghfirali birahmatikal lati wasi’at kulla syaiin."
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
okok...kat sini jugax aq nak share dengan korang semua antara kelebihan bulan ramadhan al-mubarak...antaranya :
1. Abu Hurairah menyatakan :
Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu
syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim,
Nasai'e, Ahmad dan
Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah
daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda
yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa
Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala
dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban
dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata :
Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud :
Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan
baginya apa dosanya yang telah lalu. -
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad
dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah
berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang
difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara
keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara
keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan :
Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah
berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu
perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik
dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah?
Baginda S.A.W bersabda : Adapun
perjanjian maka engkau membuat
perjanjian dengan seorang lain dengan
sumpah kemudian engkau
melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal
sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat
bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud
: Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan
membalasnya. Dan puasa adalah
perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari
itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia
berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi
Muhammad ditanganNya maka
perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat
daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia
bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu
berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat
imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Doa Ramadhan
“Ya Allah, jadikan
puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu
serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi
kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam”.
O Allah, on this
day, make my fasts worthy of appreciation and acceptance, according to what pleases
You, and pleases the Messenger, the branches being strengthened by the roots,
for the sake of our leader, Muhammad, and his purified family. Praise be to
Allah, the Lord of the worlds.