My Big Happy Family

Sabtu, 21 Julai 2012

saLam rAmAdhAn aL-mubArAk

Assalamualaikum...


 [̲̅̅S][̲̅̅E][̲̅̅L][̲̅̅A][̲̅̅M][̲̅̅A][̲̅̅T] 
 [̲̅̅M][̲̅̅E][̲̅̅N][̲̅̅Y][̲̅̅A][̲̅̅M][̲̅̅B][̲̅̅U][̲̅̅T] 
 [̲̅̅R][̲̅̅A][̲̅̅M][̲̅̅A][̲̅̅D][̲̅̅H][̲̅̅A][̲̅̅N] 
 [̲̅̅A][̲̅̅L]-[̲̅̅M][̲̅̅U][̲̅̅B][̲̅̅A][̲̅̅R][̲̅̅A][̲̅̅K]... 




Alhamdulillah...diam xdiam sok da masuk bulan ramadhan...Sempena kehadiran bulan ramadhan nie, aq nak ucapkan selamat menyambut ramadhan dan semoga amal ibadah yang dilakukan sepanjang bulan ramadhan nie diberkati oleh allah s.w.t...amin...dan nAk mintak maap kalau2 ade wat slah at k0wg semua...


ok..kat cnie aq nak sertakan sekali niat puase...kot2 manelah twu ade yang terlupa..hehe...
 niat puasa tok sebulan 

"Nawaitu sauma syahri ramadhaana kulihi lillahhi ta’ala."
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala 

Niat puasa tok harian

"Nawaitu shauma ghadin an’ada-i fardhisyahri ramadhaana hadzihis sanati lillahhi ta’ala."
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala 

 Doa berbuka puasa 


"Allahumma laka shumtu wa bika a-mantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarrahimiin"
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

 Doa selepas berbuka puasa 


"Allahumma laka shumtu wa bika a-mantu wa ‘alaa rizqika afthartu dzahabazh zhamaa-u wabtallatil ‘uruuqu Allahumma inni as-aluka antaghfirali birahmatikal lati wasi’at kulla syaiin."
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu. 

okok...kat sini jugax aq nak share dengan korang semua antara kelebihan bulan ramadhan al-mubarak...antaranya : 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila  telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.  -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan
Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W  telah bersabda yang bermaksud  :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. -  Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa  antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah  : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun
perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan
sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
 
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:  Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan
membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka  dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi
Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

 Doa Ramadhan 

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”.

O Allah, on this day, make my fasts worthy of appreciation and acceptance, according to what pleases You, and pleases the Messenger, the branches being strengthened by the roots, for the sake of our leader, Muhammad, and his purified family. Praise be to Allah, the Lord of the worlds.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan