My Big Happy Family

Isnin, 6 Februari 2012

9 Wanita Idaman Lelaki

Assalamualaikum...
Hype pembaca blog, ckli lagi bersua kita... pekabo guyz..??
Hahaha...kli nie nak share dengan korang...
9 ciri-ciri wanita yang mejadi idaman para lelaki...


1. BERPEGANG KEPADA AGAMA


Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.


2. KECANTIKAN DALAMAN


Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, itu dikira BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya haya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.


3. MANJA


Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai, menampakkan wanita itu kurang matang.


4. PANDAI MENJAGA KECANTIKAN


Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Waita dengan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan lebih kelihatan cantik  jika bikaj menjaga penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka menjadi bangga.


5. BERAKHLAK MULIA


Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah isteri, ibu, kekasih dan penyokong suami.


6. TIDAK MEMPAMER KESEKSIAN


Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikannya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi pameran untuk semua mata lelaki.


7. TIDAK CEREWET


Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Ini kerana wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya wanita yang cerewet suka mengkritik apa sahaja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen"aje kerjanya...0pppsss..!!


8. MEMAHAMI LELAKI


Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai institusi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya sama ada suka mahupun duka. Pendek kata, tanpa perlu bercakap, dia itu sudah dapat membaca riak muka lelaki. Lantas dapat bertindak menghiburkan atau memberi inspirasi dan kekuatan.


9. SEJUK MATA MEMANDANG


Wanita yang manis wajahya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemanna ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandanh nie??Haa...nie dia :

  • Bersopan santun
  • Sentiasa memansikan wajah
  • Sentiasa senyum
  • MENUTUP AURAT
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain terutamanya orang tua
Ok, Tu lah dia 9 ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Moga apa yang aku kongsikan nie bermanfaat pada ANDA dan menjadi pengukur dalam peribadi ANDA dan PASANGAN.


"BERTINDAKLAH UNTUK PASANGAN"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan