My Big Happy Family

Ahad, 22 April 2012

tips belajar berkesan




Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Antara tips iaitu :-
1-Tidak mensia-siakan biarpun seminit

-guna masa yang terluang, contohnya membaca dan menjawab 1 atau 2 soalan objektif atau mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari..
2-Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
-jangan laa buku 2 korang pegang jep...selak2 laa..lagi bagus kalau korang baca...
3-Gunakan masa awal pagi
-guna masa tersebut untuk mengulangkaji subjek yang lemah. Tumpukan sepenuhnya pada apa yang kita pelajari 2...
4-Buat nota ringkas
-ia boleh memudahkan diri kita. boleh bawa ke mana2 dan boleh baca di mana2... Ia juga dapat membantu menguatkan daya ingatan kita. Ulangkaji sebelum terutamanya sehari sebelum peperiksaan akan lebih mudah.
5-Mengikut jadual sepenuhnya
-aturkan masa untuk setiap aktiviti yang hendak dilakukan. Jangan lupa memperuntukkan masa sekali untuk setiap subjek pada setiap hari. Jangan ikut perasaan dan patuhi setiap apa yang diaturkan dalam jadual kita.
6-Mencuba soalan tahun lalu
-cuba jawab soalan tahun lalu setiap hari. Ia dapat membantu melatih diri kita belajar menjawab seperti exam sebenar.
7-Ulang sebanyak kali yang boleh
-setiap fakta mesti terus diulang sebanyak yang mampu untuk menguatkan daya ingatan kita dan memudahkan kita faham sesuatu. Semakin banyak membaca, semakin tinggi keyakinan diri untuk lulus dengan cemerlang.
8-Sentiasa ringan mulut bertanya jika tak faham
-Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk bertanya sebarang kemusykilan. Tanya juga w/pown sudah faham kerana ia dapat menguatkan lagi daya ingatan dan kefahaman kita.
9-Berikan lebih tumpuan kepada subjek yang lemah
-peruntukkan masa lebih kepada subjek lemah. Jangan hanya atau lebihkan subjek yang digemari sahaja sebaliknya kepada subjek yang lemah. Jangan jadikan subjek yang lemah sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
10-Kunjungi perpustakaan
-Rapatkan diri dengan rakan yang mahu belajar dan lebih pandai dari kita. Perhatikan cara mereka belajar dan pratikkan dalam diri kita. Jadikan penemuan kita dalam study grup sebagai masa untuk berkongsi dan bertukar-tukar pendapat. juga masa untuk belajar bersama-sama.
11-Imbangkan masa dengan bijak
-jika berada dalam tahun exam, berikan lebih tumpuan kepada exam dan jangan melibatkan diri sangat dalam setiap pertandingan atau aktiviti yang dianjurkan.
12-Belajar mengikut rentak sendiri
-Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Kita perlu mengenal rentak belajar kita sendiri seperti mendengar lagu ketika belajar, belajar berkumpulan atau belajar sendirian, belajar sambil menonton televisyen atau sebagainya.Fikirkan mana yang dapat membantu diri kita.
13-Elakkan gangguan emosi
-semua perkara yang merunsingkan dan menggagu konsentrasi belajar perlu diketepikan. Pergaduhan, bermusuhan, egois, fikirkan masalah orang dan couple sangat penting untuk dilupa dan diabaikan. Lakukan perkara tersebut setelah tamat exam kita.
14-Kurangkan kerja rumah
-Hal ini bukan cara untuk anada mengelak tetapi kita mempunyai hak untuk belajar. Perkara2 tersebut boleh dilakukan bersama agar kita tidak berasa beban.
15-Belajar menyesuaikan diri dengan setiap keadaan
-Hal ini supaya kita tidak berasa terganggu dan sudah terbiasa dengan keadaan yang berlaku termasuklah suasana bising.
16-Terus belajar
-Jangan pernah bersa bosan untuk belajar. Malah jadikan malas tersebut sebagai inspirasi dan semangat kita untuk terus belajar. Tanamkan misi kita untuk mencapai kejayaan. 'USAHA TANGGA KEJAYAAN'..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan