pekabo semua readers??
h0pe sihat2 saje....
first entry tok bulan ogos...
t0x post kali nie...
aq nak share gan kowg kelebihan terawih...
setiap malam sepanjang bulan ramadhan nie...
h0pe kowg xmiss terawih..
walaupun sehari.....
alhamdulillah sesangat c0z...
terawih 20 rakaat xp'nah miss ag...
hurmm...malam nie...
da mas0x malam yg ke-16 terawih...
mknernyer...da 15 ary kite berpuasa....
da setengah bulan da k0wt...
sekejap an...2 la die masa....
0kok...s0 enj0y it..!!
malam pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
malam kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang
beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
malam ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
malam keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
malam kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
malam keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul
Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang
mengerjakan tarawih malam itu.
malam ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan
Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
malam kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang
yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim
a.s.
malam kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala
dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
malam kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan
dunia dan akhirat.
malam kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
malam kedua belas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
malam ketiga belas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
malam keempat belas
Malaikat-malaikat akan datang
menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan
mereka.
malam kelima belas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
malam keenam belas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
malam ketujuh belas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala
pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
malam kelapan belas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba
Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang
masih hidup atau yang sudah mati).
malam kesembilan belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
malam kedua puluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
malam kedua puluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
malam kedua puluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
malam kedua puluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
malam kedua puluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang
untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih
pada malam tersebut.
malam kedua puluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa
kubur darinya.
malam kedua puluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala
empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada
malam tersebut.
malam kedua puluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
malam kedua puluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu
darjat di akhirat.
malam kedua puluh sembilan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
malam ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan
kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang
bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau
ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang
bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
TERAWIH DAN WITIR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan