Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.
Tiba
di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang
demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab,
sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak
sedarkan diri.
Sebagai
orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju
ke arah wanita berkenaan.
“Kakak
ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana
yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak
panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan
dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita
bawa dia ke hospital,” kata saya.
Tanpa
membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital
Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain
dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita
itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk
memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah
ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara
itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan
wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan
menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui
perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun,
saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu
masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah
pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan
usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital
Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital
di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha
untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami
bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.
Selesai
haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King
Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya
ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas
dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang
terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah
saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-
esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula
kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya
bertanya kepada wanita tersebut;
“Kenapa
kakak menangis?”
“Mazlan..
kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang
tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa
pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita
itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika
kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan
demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya
;
“Mazlan,
kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak
silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun
kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan
suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak
sepak tendang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis
yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak
tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi
apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak
alami semasa koma?” tanya saya lagi.
Dengan
suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;
“Mazlan…Allah
itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab
dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak
buat selama ini.
“Betul
ke kak?” tanya saya, terkejut.
“Betul
Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang
Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa
seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai
balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak
ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf
kepada Allah.”
“Bukan
itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat
daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api
neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit,
menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah
dada tu balik”, tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya
wanita itu terus bercerita.
Menurutnya
lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi
peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa
koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat,
dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;
“Hari-hari
kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa
seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa
seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh
nak diceritakan.”
Sambil
bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul
menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil
mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
“Mazlan…kakak
ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa
besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa
tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri
tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu
makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.”
“Bila
ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila
sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk
jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan
perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan
bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh
badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu.
Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas
habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman
yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab
kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak
pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”
Saya
terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
“Masa
diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali
lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak
memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi
kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat
yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung
segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya
termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha
Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik
amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan
kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah
menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini
bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.
Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu.
Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.
Sejak
itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia
menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya,
kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke
biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Kakak,
yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan
diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat
ke.” tegur saya.
“Tak
apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak
lapar.”
Menurut
wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada’kan semula
sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada
Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu,
takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit
pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga
mengabaikan kesihatannya.
“Tak
boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak
rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi
macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat.”
Wanita
itu juga berpesan kepada saya, katanya ;
“Mazlan,
kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka,
pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak
tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok
undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang
sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia
diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut
kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”
“Tapi
Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut
kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok,
macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai
tudung macam kakak ni? Allahuakhbar…”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan