My Big Happy Family

Selasa, 18 Disember 2012

pintu taubat


"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yanb melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani."(Surah Az-Zumar:53)

Surah Az-Zumar adalah surah yang dibaca Rasulullah s.a.w. setiap malam.Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,
"Dunia dan seluruh isinya tidak lebih kucintai daripada ayat berikut: Katakanlah, 'Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.'"(HR. An-Nasai)
Diceritakan bahawa seorang lelaki tua,sambil bertongkat berjumpa dengan Rasulullah, "Rasulullah,aku telah banyak melakukan dosa dan nista.masih terbukakah keampunan untukku?"
"Adakah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah?" tanya Rasulullah.
"Ya.Aku juga bersaksi bahawa kamu utusan Allah," jawab lelaki itu.
"Semua dosa dan kesalahanmu sudah diampuni," sabda beliau.(HR. Ahmad)

Melalui ayat diatas,Allah membuka lebar pintu keampunan serta rahmat-Nya.Dia berharap agar seorang pun dari hambaNya berputus asa dari rahmatNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan