My Big Happy Family

Khamis, 31 Januari 2013

pelaku maksiat yang akan mendapat azab kubur


1.      Mereka yang tidak bersuci  setelah buang air kecil, selagi ia masih bernajis.
2.    Mereka yang suka mengadu domba (mengadu kedua orang dengan kebohongan).
3.    mereka yang suka berbuat “ghulul” (mengambil ghanimah yang bukan haknya).
4.    Mereka yang berbuat pembohongan. (terlalu jahatnya keburukan lisan mereka hingga sudut mulutnya mencapai tengkuknya).
5.    Mereka yang membaca Al-Quran akan tetapi tidak melaksanakan apa-apa yang diperintahkan dan yang dilarang dalam Al-Quran. (Kepala mereka nanti akan dihentam dengan batu).
6.   Mereka yang melakukan zina. (roh para penzina itu nanti akan diseksa di atas tungku api dan di atas tungku itu akan dinyalakan api yang membara.
7.    Mereka yang memakan riba. (mereka akan berenang di sungai darah dan akan di hentam dengan batu setiap kali mereka menuju ke tepian.

Rabu, 30 Januari 2013

Kejadian hari kiamat

bila mendengar da cuak da...
blom bace ag an...
s0...sedarlah bahawa dunia dah nak kiamat...
insaf dan bertaubatla...
jom share kejadian hari kiamat kelak..

1.     Bumi tergenggam dan langit tergulung
2.    Bumi akan berlanggaran
3.    Gunung-gunung akan hancur
4.   Lautan akan meluap
5.    Langit terbelah
6.   Matahari digulung
7.    Bintang-bintang berjatuhan
8.    Bulan menjadi gelap


orang-orang beriman yang bermaksiat

Pelik..pelik...
jangan sangka orang yang beriman semuanya perfect..
sebab xde orang pown yang sempurna...
jom kita share ape antara...
orang-orang beriman yang bermaksiat...


1.    Orang tidak menunaikan solat 
2.    Orang yang tidak menunaikan zakat 
3.    Orang yang tidak menunaikan puassa ramadhan 
4.    Orang yang bermuka dua, suka menjilat dan mengadu domba 
5.    Orang yang secara zalim merampas tanah orang lain 
6.    Orang yang tidak menunaikan haji padahal ia mampu 
7.    Orang yang rasuah 
8.    Orang yang memakan harta riba 
9.    Orang yang selalu meminum minuman keras 
10.Orang yang derhaka kepada kedua orang tua 
11.Orang yang menyombongkan diri 
12.Perempuan yang menyerupai lelaki dan dayus 
13.Penguasa yang melalaikan rakyatnya 
14.Orang yang suka meminta-meminta (mengemis) 
15.Dukun, tukang sihir dan paranormal 
16.Peakan harta anak yatim 
17.Ulama yang menyembunyikan ilmunya 
18.Orang yang bersumpah palsu 
19.Orang yang melabuhkan pakaiannya hingga kebawah mata kaki dengan sombong 

Jenis-jenis syafaat

Assalamualaikum blog readers...
sekarang aq tengah nak abiskan...
bace sebuah buku nie...
dalam bace2 tu..aq terjumpa bnde nie...
s0..jom share2...

syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat kelak terdapat beberapa jenis. antaranya : 

pertama & kedua: 
Syafaat Rasulullah s.a.w. bagi orang-orang yang kebaikan dan keburukannya seimbang agar mereka masuk syurga, dan syafaat baginda bagi orang-orang lain yang telah diperintahkan ke neraka agar mereka masuk neraka.

ketiga: 

Syafaat Rasulullah dalam mengangkat darjat orang yang masuk syurga di atas perolehan pahala mereka.


keempat: 

Syafaat untuk orang-orang yang masuk syurga tanpa dihisab. Bukti hal ini dapat dilihat pada hadis ‘Ukasyah bin Muhshan’ bahawa Rasulullah s.a.w. mendoakannya agar Allah menjadikannya termasuk dalam 70 ribu orang yang msuk syurga tanpa dihisab. Hadis tersebut terdapat dalam hadis Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.


kelima: 

Syafaat Rasulullah dalam meringankan azab bapa saudaranya, Abu Thalib, sehingga Allah memindahkannya dari seksaaan api, yang menyelimuti kedua kakinya dan membuat otaknya mendidih, seksaan air yang cetek.


keenam: 

Syafaat Rasulullah dalam mengizinkan orang-orang mukmin untuk masuk syurga. 

sumber: 
>buku "pesta kebangkitan di mahsyar" 


Selasa, 29 Januari 2013

bersangka baiklah..

Assalamualaikum blog readers...
mnx maap cgt2 cbb da lame xupdate...
bz laa...xde mse nak update...
tp...skunk nie..
jom bace nie...insaf2 diri...
sharing is caring...


bila Allah cepat makbulkan doamu.....maka DIA menyayangimu,
bila DIA lambat makbulkan doamu.....maka DIA ingin mengujimu,
bila DIA tidak makbulkan doamu......maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.


oleh itu,
sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemungkaranNYA


oleh itu,
INGATLAH pesanan pendek ini
KHABARKAN kepada semua orang tersayang di sekelilingmu
agar mereka dan kita sentiasa MENGIGATINYA
agar kita sentiasa BERSYUKUR
agar kita tidak lagi LEKA
agar kita terus PRIHATIN

kalau anda tidak mengingatkan orang kesayangan di sekeliling dengan perasaan ini terutama ketika mereka memerlukannya, bermakna anda sudah mula melupakan mereka.

ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik
insyaALLAH.....

Isnin, 21 Januari 2013

ibu,mama,ummi,mak,mummy

Assalamualaikum blog readers...
tengah2 blogwalking tengah mlam nie....
aq terjumpa bnde alah nie...
tibe2 air mata aq berlinang mengalir...
seketika...sedih glerr...
ape pula perasaan anda?
jom baca & renungkan..!

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .


Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !


Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4..00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

WALAU SEJAHAT,SEBURUK,SEHODOH ATAU 'SE' APA SEKALI PUN,


 ingatlah syurga anak terletak dibawah telapak kaki ibunya 

Sabtu, 19 Januari 2013

maharaja lawak mega 2012

Assalamualaikum blog readers...
entry malam nie lebih menarik sikit...
minggu nie adalah minggu akhir...
maharaja lawak mega 2012...
pada 18/1/13 di dewan tertutup Mbjb,jb..
so aq terus kepada pemenang...

juara 
maharaja lawak mega 2012 : 
jozan....!!
menerima : wang tunAi RM500,000
dan piala mlm2012


 (tema : freestyle


 (tema : muzikal

naib juara 
maharaja lawak mega 2012 : 
jambu....!!
menerima : wang tunAi RM250,000
dan piala mlm2012



 (tema : freestyle


 (tema : muzikal

tempat ketiga 
maharaja lawak mega 2012 : 
shiro....!!
menerima : wang tunAi RM150,000
dan piala mlm2012



 (tema : freestyle


 (tema : muzikal

tempat keempat 
maharaja lawak mega 2012 : 
boboi....!!
menerima : wang tunAi RM50,000
dan piala mlm2012


 (tema : freestyle


 (tema : muzikal

tempat kelima 
maharaja lawak mega 2012 : 
say who....!!
menerima : wang tunAi RM15,000
dan piala mlm2012


 (tema: freestyle


 (tema : muzikal

ok...cukup sampai disini...
hope kowg enjoy..!