My Big Happy Family

Rabu, 30 Januari 2013

Jenis-jenis syafaat

Assalamualaikum blog readers...
sekarang aq tengah nak abiskan...
bace sebuah buku nie...
dalam bace2 tu..aq terjumpa bnde nie...
s0..jom share2...

syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat kelak terdapat beberapa jenis. antaranya : 

pertama & kedua: 
Syafaat Rasulullah s.a.w. bagi orang-orang yang kebaikan dan keburukannya seimbang agar mereka masuk syurga, dan syafaat baginda bagi orang-orang lain yang telah diperintahkan ke neraka agar mereka masuk neraka.

ketiga: 

Syafaat Rasulullah dalam mengangkat darjat orang yang masuk syurga di atas perolehan pahala mereka.


keempat: 

Syafaat untuk orang-orang yang masuk syurga tanpa dihisab. Bukti hal ini dapat dilihat pada hadis ‘Ukasyah bin Muhshan’ bahawa Rasulullah s.a.w. mendoakannya agar Allah menjadikannya termasuk dalam 70 ribu orang yang msuk syurga tanpa dihisab. Hadis tersebut terdapat dalam hadis Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.


kelima: 

Syafaat Rasulullah dalam meringankan azab bapa saudaranya, Abu Thalib, sehingga Allah memindahkannya dari seksaaan api, yang menyelimuti kedua kakinya dan membuat otaknya mendidih, seksaan air yang cetek.


keenam: 

Syafaat Rasulullah dalam mengizinkan orang-orang mukmin untuk masuk syurga. 

sumber: 
>buku "pesta kebangkitan di mahsyar" 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan