Aku adalah
hambaMu
Yang tak
punya apa-apa
Yang hidup
serba tak kena
Hidup
melakukan dosa
Beribadah
terasa payah
Solat
dengan rasa terpaksa
Aku adalah
hambaMu
Kadang
kala menjadi hamba kepada
punyaanku
Hingga
lupa semua milikMu
Aku adalah
hambaMu
Yang mudah
hanyut dek arus dunia
Yang mudah
leka ditelan fatarmorgana
Yang
terlalu lemah menggapai jaya
Yang tak
mampu berbuat apa-apa.
Jika benar
aku hambaMU
Aku pasti
tidakkan lemah
Aku pasti
bersemangat berjuang dijalanMU
Kata-kata
manusia tidakkan terkesan di hatiku
Tindak
tanduk ku hanya berasaskan neracaMu
Aku ingin
menjadi hamba hanya padaMu
Bukan pada
dunia
Bukan pada
nafsu
Bukan pada
musuh durjana
Tetapi
mahu teguh pendirian menjadi hambaMu
Pimpinlah
aku
Mencari
jalan keredhaanMu
Mencari
damai di hatiku
Mencari
cinta agungMu
Moga dapat
bertemu denganMu di syurgawi
Bersama
para kekasihMu di sana nanti.
InsyaAllah
Amin~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan