My Big Happy Family

Sabtu, 19 Januari 2013

kisah-kisah hikmat


 Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : 
“ada 4 dipandang sebagai ibu”, iaitu : 

1. Ibu dari segala ubat adalah sedikit makanan 
2. Ibu dari segala adab adalah adalah sedikit berbicara 
3. Ibu dari segala ibadat iaitu takut buat dosa 
4. ibu dari segala cita-cita adalah sabar 

Beberapa kata renungan dari Quran ; 
orang yang tidak melakukan solat : 

subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar 
zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya 
asar : Dijauhkan dari kesihatan dan kekuatan 
maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya 
isya : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 



mana yang racun & mana yang ubat


5 Jenis racun dan penawar  : 


1.       Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya 
2.      Harta itu rcun, zakat itu ubatnya 
3.      Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya 
4.     Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya 
5.      Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya 


seruan kubur


Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali : 

1.Aku rumah terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu mebaca Al-Quran 
2.Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam 
3.Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan 
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amal Basmallah sebagai penawar 
5.  Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan 
Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, suapaya kamu dapat jawab kepadanya 


gelap tanpa cahaya



Aku masih mencari damai hati 
yang semakin hilang ditelan hari. 

Doakan aku. 

Aku hanya seorang insan 
musafir di bumi Tuhan 
kadang kala lelah di perjalanan 
tersungkur di tengah jalan 
tika itu 
ku amat memerlukan mu 
menarikku membantu untuk terus berjalan 
hingga saat bertemu Tuhan 
saat indah yang dinantikan. 

Tolonglah aku. 
Dikala aku diikat dosa lalu 
Dihenyak kenangan lalu 
aku seakan lemah tak bermaya. 

Aku adalah aku. 
Hamba kepada Tuhanku. 

Bantulah aku. 

Allah. 

Allah. 

Allah. 

aku




Aku adalah hambaMu
Yang tak punya apa-apa
Yang hidup serba tak kena
Hidup melakukan dosa
Beribadah terasa payah
Solat dengan rasa terpaksa

Aku adalah hambaMu
Kadang kala menjadi hamba kepada
punyaanku
Hingga lupa semua milikMu

Aku adalah hambaMu
Yang mudah hanyut dek arus dunia
Yang mudah leka ditelan fatarmorgana
Yang terlalu lemah menggapai jaya
Yang tak mampu berbuat apa-apa.

Jika benar aku hambaMU
Aku pasti tidakkan lemah
Aku pasti bersemangat berjuang dijalanMU
Kata-kata manusia tidakkan terkesan di hatiku
Tindak tanduk ku hanya berasaskan neracaMu

Aku ingin menjadi hamba hanya padaMu
Bukan pada dunia
Bukan pada nafsu
Bukan pada musuh durjana
Tetapi mahu teguh pendirian menjadi hambaMu

Pimpinlah aku
Mencari jalan keredhaanMu
Mencari damai di hatiku
Mencari cinta agungMu

Moga dapat bertemu denganMu di syurgawi
Bersama para kekasihMu di sana nanti.

InsyaAllah

Amin~

balasan kerana sehelai RAMBUT wanita


 Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja 

 Balasannya : akan diseksa dengan digantung badan pada rambutnya dalam neraka sehingga otak mendidih selama 40 tahun di akhirat 

 1 urat rambut= 40 tahun akhirat 
 1 hari akhirat= 1000 tahun dunia 
 40 tahun akhirat= 14 600 000 dunia 


 Seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki, 

 1. Ayah kandung 
 2. Adik beradik lelaki 
 3. Suami 
4. Anak kandung lelaki

Jumaat, 18 Januari 2013

mana yang PATUT dimalukan

Assalamualaikum blog readers...
fikir-fikirkan dan selamat beramal...


Malu kerana berbaju kurung,bertudung & berpakaian muslimah,
Atau malu berpakaian skirt pendek,dress seksi & tidak menutup aurat?

Malu kerana tiada kekasih,
Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

Malu kerana dikatakan alim,
Atau malu kerana dikatakan teruk?

Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

P/S: MALU itu perlu...tetapi letakkan malu itu ditempat yang sebenarnya...
malu di hadapan allah andai kita tidak melaksanakan apa yang diperintahkannya, sedangkan kita menikmati segala pemberiannya...
jadilah kita hambanya yang tahu bersyukur...
Insya allah ♥