My Big Happy Family

Isnin, 2 Januari 2012

Tawa Dalam Tawan

Ke hadapan BINTANG jatuh,
Yang melintas MELINTANGI pandangan aku,
Dan MEREMPUH tembok kewarasan,
Hingga HANCUR segala cita,
Yang MERANGKAK aku cipta,
Berhari,
Berminggu,
Berbulan,
Bertahun umurnya.


Dan kini, MENGESOT aku mengutip,
Serpihan cita yang BERDERAI, BERKECAI, TERBURAI, TERKULAI,
Yang berselerak jaraknya.
Lalu aku AMBIL satu persatu,
Dan aku kumpul, aku bina semula,
Dan menjadi SEDIA kala.
Dengan rasa yang HINA,
Setelah diperlaku KEJAM oleh KERABAT dia,
Yang konon MENGAKU sedia tahu,
Mengaku mana tahu,
KEPALA HOTAK lu.


Apa UCAP kau hari itu?
Apa LAKU kau hari itu?
Apa RASA kau hari itu?
Apa FIKIR kau hari itu?


Simpan sahaja jawapan untuk DIRI kau itu !


Aku mengerti bahawa kita DITERNAK,
Aku, kau, dia, kamu, mereka, kami semuanya adalah ternakan,
Oleh sekumpulan DEWA yang kerjanya BERPESTA,
Sambil merompak nasi PAGI, nasi PETANG, nasi MALAM !
Itu semua nasi KITA !
Yang memaksa TANGISAN anak terlaung kuat,
Kerana bapanya TIDAK MAHU beli susu,
Lalu ditembak MATI kerana terpaksa MENCURI,
Rebah terbujur di lantai pasaraya,
mengalir darah perit hidupnya,
Dan disaksikan oleh SANG PUTERI yang meraung sia-sia.


Tapi ada dia PEDULI?
Kalau bukan KELUARNYA,
Kalau bukan SAUDARA - MARANYA,
Kalau bukan KAWAN - KAWANNYA,
Jangan harap dia nak PEDULI !


Dia menolak AKUAN bahawa kita diTAWAN,
Dia menolak AKUAN bahawa dia diTAWAN.


Kita, semuanya ditawan !
Kau, tertawan.
Aku, tertawan.
Kita, tertawa dalam tertawan,
Ditawan oleh KEMODENAN,
Ditawan oleh GLOBALISASI !
Ditawan oleh ARUS dunia REALITI !
Terutama dewa BERKUKU besi.


Tidak terasa bagi yang SELESA,
Tidak terkesan bagi yang MEWAH,
Hanya tersedar oleh si kebanyakan,
Hanya terlihat oleh KEPERITAN.


Tak terdaya aku BERTINDAK,
Dengan kebodohannya dan juga LAGAK,
Kepada syaitan BERTOPENG alim,
Kononnya MULIA, sebenarnya ZALIM.


Aku biarkan dengan wataknya,
Aku biarkan dengan lakuku,
Aku biarkan mereka dengan tawanya,
Aku biarkan kami dengan isi hati sendiri,
Kerana aku TIDAK mampu.


Kehadapan BINTANG jatuh,
Semoga kamu akan JATUH.
Aku harap TERTIARAP terus,
Kerana aku mahu KAU pergi MAMPUS !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan