My Big Happy Family

Rabu, 21 Mac 2012

12 alasan perempuan tidah mahu menutup aurat

1. Semua yag tutup aurat, KOMPOM masuk syurga ke? 
 - yang pasti,tak tutup aurat, KOMPOM masuk NERAKA. 
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 
 - Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untyk sujud kepasa Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apehal aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalh dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, "Pakai tudung tak semestinya BAIK...bla...bla....bla..." 
3. macamlah bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi JAHAT. 
 - Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. selagi kau ISLAM, dakwah itu WAJIB walaupun kau sendiri tak berapa  betul. Sekurang-kurangnya dia insaf dan bertaubat sekarang. 
4. Walau kami pakai SEKSI tetapi hati kami BAIK. 
 - Adakah kau mendakwa dirii kau mempunyai hati yag suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 
5. Pakai JARANG ke KETAT ke, itu HAK kami. Kalau tak suka JANGAN tengok. 
 - Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki AJNABI mempunyai hati SUCI dan iman yang TINGGI untuk menahan godaan syaitan serta NAFSU yang membuak-buak? 
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak SEKSI. Terpulang kepada individu yang memandang kami. 
 - seksi atau tidak, kau tetap berDOSA walaupun hanya sehelai rambut kau. 
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan berpusa serta tahu mana yang baik atau buruk dan mana yang halal atau haram. 
 - Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin dengan berpuasa sudah cukup menjamin kau masuk SYURGA? 
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami TAK susahkan orang lain. 
 - Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke NERAKA bersama KAU disebabkan mereka tidak menegur dan GAGAL mendidik kau. 
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan TUHAN. 
 - Berani cakap didunia, BERANI ke kau cakap macam tu didepan ALLAH nanti? Lawan perintah tempatnya. 
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. 
 - Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan ALLAH? 
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. 
 - Mati tidak mengenal USIA. Tak takut ke mati dalam usia MUDA? Tak sempat nak bertaubat nanti. 
12. Takkan nak buat perubahan secara DRASTIK? slow-slow la... 
 - Boleh ke cakap kat malaikat IZRAIL nanti, " Tunggu sekejap! Lepak la dulu. Jangan amek lagi nyawa aku". 

1 ulasan:

  1. uNTUnglahh awek ko pkai tdung..badn x nmpak kan,,pkwenye pulak pndai nsihatkan org..bgusss sgtt=)

    BalasPadam