My Big Happy Family

Rabu, 14 Mac 2012

fikirkanlah

Assalamualaikum...
apa khabar wahai pembaca....
'fikirkanlah??''tj0x p0st t0x kli nie....
k0wg cume de otak an...s0 fikirkanlah mana2 yg terbaik t0x dri kowg....



Manusia - Eh, dah subuh dah? 
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu 
Syaitan - Alahhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni....zzZZzz 


Manusia - Nak makan, laparlah .. 
Malaikat - Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... 
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja...sedapnya 


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? 
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat 
Syaitan - Ehhh, panaslah, tak ada sytle langsug, nampak kampung! 


Manusia - Alamak, dah lewat! 
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat. 
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm...aaahhh? suruh si X punchkanlah? 


Manusia - Azan sudah kedengaran... 
Malaikat - Wahai anak Adam, Bersegeralah menunaikan kewajipan 
Syaitan - Baru pukul berapa..rilex lah...awal lagi ni... 


Manusia - Eh, eh..tak boleh tengok ni, berdosa! 
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui ! 
Syaitan - Perrgghh...best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni..! 


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia... 
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah ! 


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain 
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu... 
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa nak susah2..pandai2lah... 


Manusia - Aku telah berdosa.. 
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. 
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali...rugilah (kalau sempatlah) 


Manusia- Kalau pergi, mesti seronok! 
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jakan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu 
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jommlahh ! 


Manusia - Uhh..lethnya arini..tak solat lagi ni. 
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNya, kebahagiaan didunia dan akhirat untukmu. Solat itu WAJIB bagimu. 
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan didunia (SAHAJA) dan kebahagiaa akhirat untukmu nanti ada juga (Jangan MIMPILAH !) 


Sekarang anda mempunyai 3 PILIHAN : 
1. Anda - patut ke biarkan article ini TETAP disini SAJA?? 
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan2 anda yang kenal..SEBARkanlah ! 
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2..biar je disini..kalau boleh DELETE je..bukan mereka nak baca p0n... 


PILIHAN DITANGAN ANDA. JADI, FIKIRKANLAH 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan