My Big Happy Family

Rabu, 13 Februari 2013

buat ingatan semua...


Sayyidina Abdullah bin Anr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda “(Sebelum kiamat) Dajjal akan keluar dan berada di bumi selama 40.Perawis hadis ini iaitu Sayyidina Abdullah bin Anr r.a menyatakan bahawa beliau tidak tahu apakah yang dimaksudkan Raasulullah SAW dengan 40. Sama ada 40 hari atau 40 bulan atau 40 tahun kemudian Allah SWT akan menghantar Nabi Isa bin Maryam AS ke dunia. Rupa Nabi Isa AS mirip sayyidina Urwah bin Mas’ud r.a. Nabi Isa AS akan mencari dajjal (lalu menangkapnya) dan memusnahkannya. Selepas itu, manusia akan tinggal selama 7 tahun dalam keadaan aman damai tanpa sebarang pemusuhan walaupun antara 2 orang.
Kemudian, Allah SWT akan meniupkan sejenis angin sejuk dari negeri Sham yang akan mematikan sesiapa sahaja yang ada iman atau kebaikan walaupun sebesar zarah dalam hatinya sehinggalah tidak tinggal seorangpun. Malah jika ada sesiapa dalam kalangan kamu yang masuk ke dalam perut gunung sekalipun angin itu akan menjejakinya dan mematikannya.”Baginda SAW bersabda “Selepas itu hanya tinggal di dunia ini orang-orang jahat sahaja. (yang dalam hati mereka langsung tidak ada iman) hidup dengan keringanan dan ke cepatan burung (Sebagaimana burung yang ringan dan cepat berterbangan demikianlah mereka ini ringan dan cepat menunaikan tuntutan nafsu jahat mereka) dan dalam pembawaan binatang buas (Yakni dalam menzalimi dan menindas orang seperti binatang buas) kebaikan tidak dikenali sebagai kebaikan dan keburukan tidak dikenali buruk. Syaitan akan menjelma di hadapan mereka lalu berkata “Apakah kamu akan menerima perintahku?” mereka bertanya “Apakah yang kamu akan perintahkan kepada kami?” (Yakni apa-apa yang kamu perintahkan kami akan ikut) pada masa itu kehidupan mereka kelihatan mewah dan selesa.
Kemudian sangkala akan ditiupkan. Sesiapa yang mendengar bunyinya (akan pengsan kerana kedasyatan bunyi suara itu) dan dia menjadi lembek tidak bermaya terkulai. Orang pertama yang mendengar tiupan sangkala ialah seorang lelaki yang memperbaiki kolah air untanya dengan tanah. Lalu dia akan pengsan dan orang ramai akan pengsan lalu mati. Kemudian Allah SWT akan turunkan hujan renyai-renyai seumpama embun, kesan daripada hujan itulah jasat-jasat manusia akan tumbuh hidup semula. Selepas itu sangkala akan ditiup sekali lagi tiba-tiba semuanya akan bangun dan mula memerhati (ke sekeliling) kemudian dikatakan “Wahai manusia bergeraklah menuju Tuhan kamu” Para malaikat akan diperintahkan tahanlah mereka (Di medan penghisaban) kerana mereka akan disoal (dan amalan mereka akan dihisab).
Selepas itu akan datang perintah “Keluarkan ahli neraka daripada kalangan mereka”Kemudian akan datang pertanyaan “Daripada berapa ramai?” (banyak orang yang dikeluarkan) Akan dijawab “Daripada setiap 1000 orang keluarkan 999 orang” Baginda SAW bersabda lagi “Inilah harinya kanak-kanak akan menjadi tua yakni kedasyatan dan panjangnya hari tersebut akan menyebabkan kanak-kanak menjadi tua. (Walaupun hakikatnya mereka belum tua) dan inilah harinya betis-betis akan disingkapkan yakni hari yang suatu bentuk kebesaran Allah SWT yang khas akan dizahirkan” (Muslim)
Dalam satu riwayat lain, apabila para sahabat mendengar bahawa yang akan masuk neraka ialah 999 orang daripada 1000 orang maka mereka menjadi risau sehingga wajah-wajah merekq menjadi pucat. Lalu Baginda SAW bersabda “sebenarnya seramai 999 orang yang akan masuk neraka ialah daripada yakyuj dan makjuj( dan orang-orang kafir dan musyrik) sementara seorang dari 1000 orang itu (yang akan masuk syurga) ialah daripada kalangan kamu dan orang-orang yang mengikuti cara hidup kamu. (Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan