My Big Happy Family

Rabu, 13 Februari 2013

jom sharing...


Sayyidina Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “Seseorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah SWT daripada seseorang mukmin yang lemah. Sedangkan pada setiap orang mukmin ada kebaikan. Hendaklah kamu melihat sifat haloba untuk mendapatkan apa-apa yang bermanfaat untuk kamu dan mohonlah bantuan Allah SWT untuk itu janganlah kamu merasa lemah. Jika sesuatu kerugian menimpa kamu maka janganlah kamu berkata jika saya lakulan demikian maka demikian-demikian yang akan berlaku. Tetapi hendaklah kamu kata “itulah takdir Allah SWT apa-apa saja yang Dia kehendakiDia lakukan.” Sesungguhnya perkataan ‘KALAU’ membuka pintu hasutan syaitan. (Muslim).
Keterangan: Seseorang itu dilarang berkata “kalau saya melakukan demikian maka demikian demikian akan berlaku” Dalam kenyataan yang bertentangan dengan takdir Allah SWT dan ada pergantungan penuh kepada perancangan sendiri serta ada kepercayaan bahawa takdir sebenarnya tidak ada. Ini adalah kerana jika berlaku demikian dalam keadaan itu maka syaitan akan dapat berpeluang menghilangkan keyakinan terhadap takdir (Mazahir Had).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan