My Big Happy Family

Khamis, 16 Mei 2013

anak derhaka...

Assalamualaikum blog readers...
ok..tadi kita da tahu...
bahawa salah 1 daripada dosa besar ialah...
anak derhaka kepada orang tua...
sekarang jom kita take note...
antara balasan anak derhaka...

  • usah menyakiti ibu bapa sendiri dan ibu bapa orang lain.
  • dosa seluruh tubuh badan ialah derhaka kepada orang tua.
  • orang yang menderhaka kepada orang tua dikatakan tidak mendapat keberkatan dalam kehidupan.
  • amalan yang dikerjakannnya juga tidak akan diterima. maknanya, sia-sia saja kesungguhan beibadat siang dan malam kerana derhaka kepada ibu bapa.
  • di akhirat kelak, orang yang derhaka kepada ibu bapa tidak akan memasuki syurga, bahkan langsung tidak dipandang allah swt.


oleh itu, kita mestilah menghormati dan mentaati kedua ibu bapa kita.
mengikut firman allah swt dalam ayat 23 surah al-israq yang ertinya,
"dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa mu dengan sebaik-baiknya.

diriwayatkan oleh imam muslim r.a. yang berkata:
seseorang datang kepada rasulullah saw bertanya:
"kepada siapakah aku lebih berhak kepada manusia untuk berbuat baik kepadanya?". nabi saw bersabda, "kepada ibumu". ia bertanya lagi, "kemudian kepada siapa?". nabi saw bersabda, "kepada ibumu". ia bertanya lagi, "kemudian kepada siapa?". nabi saw bersabda, "kepada ibumu". ia bertanya lagi, "kemudian kepada siapa?". nabi saw bersabda, "kepada bapakmu".
sayangilah dan hargailah kedua ibu bapa selagi mereka masih hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan