My Big Happy Family

Jumaat, 24 Mei 2013

perkara-perkara baik...

Assalamualaikum blog readers...
jom kita sama menadah tangan...
amin bersama...
ya allah...
bukalah jiwa kami ini...
kepada perkara2 yang baik sahaja...

belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
► menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat. 
► sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampunkan kehinaannya.
► sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.
► seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
► sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
► kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar. manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
► insan yang paling tinggi darjatya ialah yang tidak melihat darjatnya. dan insan yang paling mulia
ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.
► persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di akhirat.
► orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan