My Big Happy Family

Selasa, 14 Mei 2013

tips menghafal muka surat al-quran...

Assalamualaikum blog readers...
saya terjumpa tips menghafal "muka surat" al-quran yang sangat menakjubkan. di sini saya kongsikan dengan formula untuk menghafal halaman al-quran. hanya untuk al-quran yang standard saja.

contoh 1:
jika anda ingin mengetahui juzu' 5 di halaman ke berapa...
5-1 = 4, 4 perlu didarab 2 jadi 4 x 2 = 8
letakkan no 2 selepas jawapan.
jadi, juzu' 5 adalah pada halaman 82
sekarang lihat pada quran dan anda lihat juzu' 5 bermula pada halaman 82. menarikkan ?

contoh 2:
jika anda ingin mengetahui juzu' 10 di halaman ke berapa...
10-1 = 9,9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
letakkan no 2 selepas jawapan.
jadi, juzu' 10 adalah pada halaman 182

contoh 3:
jika anda ingin mengetahui juzu' 23 di halaman ke berapa...
23-1 = 22,22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
letakkan no 2 selepas jawapan.
jadi, juzu' 23 adalah pada halaman 442

subhanallah, memang menakjubkan. ajarkan pada anak2 kecil agar mereka sentiasa membaca al-quran...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan