My Big Happy Family

Selasa, 14 Mei 2013

kelebihan bulan rejab

Assalamualaikum blog readers...
oleh kerana bulan islam sekarang adalah bulan rejab...
jadi...aq nak share antara...
kelebihan-kelebihan bulan rejab nie...



beberapa hadis rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab : 

1. hendaklah kamu memuliakan bulan rejab, nescaya allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. 

2. bulan rejab bulan allah, bulan syaaban bulanku dan bulan ramadhan bulan umatku. 

3. kemuliaan rejab dengan malam israk mikrajnya, syaaban dengan malam nisfunya dan ramadhan dengan lailatul-qadarnya. 

4. puasa sehari dalam bulan rejab mendapat syurga yang tertinggi (firdaus). puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 

5. puasa 3 hari pada bulan rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). 

6. puasa 7 hari pada bulan rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka

7. puasa 16 hari pada bulan rejab akan mendapat melihat wajah allah di dalam syurga, dan menjadi orang pertama menziarahi allah dalam syurga. 

8. kelebihan bulan rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan al-quran keatas semua kalam (perkataan). 

9. puasa sehari dalam bulan rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga

10. bulan rejab syahrullah (bulan allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-nya. jika ditambah dengan berpuasa rejab, wajib baginya diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipelihara allah umurnya yang tinggal, terlepas daripada dahaga di akhirat. 

11. puasa pada awal rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya

12. siapa bersedekah dalm bulan rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan


"dan barangsiapa berpuasa pada tanggal 27 rejab/israk mikraj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa." 

"barangsiapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dikabulkan."

"barangsiapa berpuasa tujuh hari dalma bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka jahanam dan barangsiapa berpuasa lapan hari maka dibukakan lapan pintu syurga." 

"barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka allah akan menambahkan pahalanya." 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan